“Sayang jangan pergi mana-mana, jangan tinggalkan abang...’

Itulah antara luahan seorang suami yang sedang sakit akibat pendarahan otak disebabkan darah tinggi. Isteri dan anak-anak tidak pernah putus menjadi tulang belakang dan sumber kekuatan untuk lelaki yang turut bergelar ayah.

Isterinya, yang juga pemilik akaun TikTok @anitalovelycake, pernah berkongsi bagaimana emosi suaminya berubah-ubah, menjadi cepat marah, malah pernah hilang ingatan selepas diserang penyakit itu.

Siapa sahaja yang melihat mesti kagum dengan ketabahan dan kecekalan isteri ini, tanpa lelah menjaga suaminya sambil membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Semoga terus diberi kekuatan dan kebahagiaan selalu.

Kredit: Anitalovelycake

Muzik: Redemption, Adam Saban

#suamiisteri #darahtinggi #pendarahanotak #strok #hilangingatan #anakmithali