Ayam Brand meneruskan inisiatif kempen komuniti penyayang dengan tema ‘#Ayambersamamu Sihat & Cergas’ untuk menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan kanak-kanak seluruh Malaysia.<br /><br />Tahun ini, kempen mereka memberi tumpuan kepada membentuk tabiat pengambilan makanan berkhasiat yang mengandungi omega-3, selain mempromosi gaya hidup aktif dengan hasrat melahirkan generasi yang lebih sihat, cergas dan cerdas.<br />
