Dalam pada itu, menteri-menteri luar Kesatuan Eropah (EU) akan mengadakan perbincangan mengenai cadangan untuk melarang import produk dari penempatan haram Israel dan menangguhkan dialog politik dengan negara haram itu.<br /><br />Ketuanya, Josep Borrell, mengumumkan bahawa beliau mencadangkan langkah-langkah tersebut berikutan pelbagai pelanggaran undang-undang antarabangsa yang dilakukan Israel di Gaza dan Lubnan.<br />
