Bakat ‘maestro’ industri hiburan tanah air, Allahyarham Datuk Hashim Said yang lebih dikenali sebagai S. Atan begitu gah, hingga dicemburui seorang lagi ‘maestro’, iaitu Datuk M. Nasir.<br />M. Nasir, yang terkenal dengan julukan ‘sifu’ dalam mencipta lagu-lagu pelbagai genre mengakui beliau kadang-kadang cemburu dengan kebolehan S. Atan dalam menghasilkan karya yang sentiasa relevan dan mendapat tempat di hati pelbagai generasi.
