Surprise Me!

25 tahun dalam bidang seni, vokalis kumpulan New Boyz, Tomok

2024-11-17 66 Dailymotion

25 tahun dalam bidang seni, vokalis kumpulan New Boyz, Tomok yang terkenal dengan lagu Sejarah Mungkin Berulang ini akui tiada rahsia yang khusus beliau kekal revelan hingga kini.

Belum tamat bahang konsert bersama ahli kumpulannya, beliau bakal beraksi lagi pentas konsert bersama penyanyi wanita, Siti Nordiana yang akan berlangsung pada Februari tahun hadapan bertempat di Zepp Kuala Lumpur.

Mana tumpahnya kuah kalau bukan ke nasi, bapa kepada tiga orang anak ini sering berkongsikan video bakat anak-anaknya yang gemar menyanyi. Akui pemilik nama Shah Indrawan Ismail, beliau tidak menghalang anak-anak untuk menjadi penghibur sepertinya, tetapi perlu mengutamakan pendidikan terlebih dahulu.

Menyentuh perihal anak, jom dengarkan jawapan dari Tomok tentang isu buli yang sering kerap kali kita dengar kini di sosial media.

Pelbagai lagi topik menarik tentang Tomok SinarPlus kupaskan dalam akhbar Sinar Ahad yang mana beliau berpeluang mengabadikan gayanya yang versatil sebagai penghias muka depan sisipan SinarPlus.

#coversinarplus #tomok #penyanyi #SinarPlus #lifestylesinarharian
Personaliti: SHAH INDRAWAN ISMAIL
(@tomokofficial )
Teks/ Video: SITI AZIRA MOHD FAUDZI
Editor: ZAITON ABDUL MANAF (@honeza)
Foto: ASRIL ASWANDI
Grafik/Reka letak: ASFALILI KASIM (@exfalily) & HAZEMI NAZAHAR

SinarPlus - Lifestyle, Health & Beauty and Community news

Buy Now on CodeCanyon