MEMASANG impian untuk bergelar pelakon dan pelakon, Acap S tidak pernah terfikir untuk mengabaikan content siaran langsung di TikTok kerana medium itu yang membuatkan namanya dikenali.<br /><br />Acap atau Muhammad Asraf Jaafar, 29, yang bergelar juara bersama kumpulan Sarkas di pentas Muzikal Lawak Superstar musim ke-4 (MLS4) juga memberitahu dia akan terus menetap di Gerik, Perak bersama ibunya. <br /><br />Baginya kesempatan yang ada digunakan sebaik mungkin untuk menjaga ibu dan sanggup berulang-alik sekiranya menerima tawaran berlakon di Kuala Lumpur.