Kemunculan Abon di pentas akhir Muzikal Lawak Superstar 4 atas permintaan peminat daripada Deroyan yang mahu melihat pelawak otai itu bersama kumpulan tersebut. <br /><br />Demi merealisasikan impian peminat yang nak melihat Abon bersama kumpulan Deroyan, Dewa berusaha mendapatkan rakan sepejuangan arwah bapanya itu. <br /><br />Dalam pada itu, abang kepada Dewa iaitu Has mengakui dia terlalu merindui arwah bapanya sehingga tidak dapat menyanyi dengan baik ketika di akhir persembahan.
