Surprise Me!

Masalah dadah sukar dibendung kerana trend sintetik - KDN

2024-11-20 4,349 Dailymotion

Masalah dadah sukar dibendung kerana trend sintetik - KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui cabaran untuk membanteras sepenuhnya penyalahgunaan dadah kerana kemunculan dadah sintetik seperti Amphetamine Type Stimulant (ATS) yang mendominasi pasaran negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata, perubahan trend penggunaan dadah seperti itu menjadikan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) sukar untuk memerangi bahan terlarang itu.

Beliau berkata demikian apabila Ahli Palimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa mahukan penjelasan daripada KDN berhubung punca menyebabkan usaha puluhan tahun memerangi penyalahgunaan dadah di negara ini oleh kementerian dan agensi berkaitan, seolah-olah tidak berjaya.

Artikel: https://sinarharian.com.my/article/697581/berita/nasional/masalah-dadah-sukar-dibendung-kerana-trend-sintetik---kdn

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #dadahsintetik #PDRM #AADK

Buy Now on CodeCanyon