Keputusan untuk meneruskan atau menghentikan prosiding jenayah sepenuhnya berada di bawah kuasa pendakwa raya, seperti yang diperuntukkan dalam Seksyen 254 Kanun Prosedur Jenayah.<br /><br />Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya, Redza Zakaria, pendakwa raya berhak menghentikan pendakwaan pada mana-mana peringkat perbicaraan selagi tiada keputusan muktamad oleh mahkamah.
