Malaysia akan memainkan peranan penting dalam memperkukuh komuniti ASEAN dan menangani cabaran serantau yang semakin kompleks sepanjang kepengerusiannya pada 2025, kata Menteri Luar, Datuk Seri Mohamad Hasan.<br /><br />Beliau menekankan bahawa kepimpinan Malaysia di ASEAN akan memastikan keutuhan organisasi itu, khususnya dalam menangani isu seperti pemulihan demokrasi di Myanmar dan ketegangan di Laut China Selatan.