Mangsa banjir meningkat di seluruh negara, dengan Kelantan paling teruk terjejas setakat jam 12 tengah hari Khamis. <br /><br />Jumlah keseluruhan mangsa kini mencecah 80,414 orang daripada 24,841 keluarga di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Negeri Sembilan, Perak, dan Selangor. <br /><br />Sebanyak 522 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka untuk menampung mereka yang terjejas.
