Padiberas Nasional Bhd (Bernas) telah bersetuju menurunkan harga jualan beras putih import di pintu gudang Bernas di Semenanjung Malaysia daripada RM3,000 kepada RM2,800 per tan metrik, bermula Ahad ini.<br /><br />Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu, menjelaskan bahawa keputusan ini dibuat selepas perbincangan antara Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dengan Bernas baru-baru ini.<br />