Sebanyak 4,872 hektar kawasan pertanian dilaporkan telah terjejas yang melibatkan 2,156 pesawah, petani dan pengusaha makanan, manakala 661 petugas KPKM Inc. Kelantan turut menjadi mangsa banjir kali ini.<br /><br />Menurut Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan dalam kenyataan menerusi laman Facebook Datuk Seri Mohamad Sabu, nilai keseluruhan kerugian sektor pertanian kelantan akibat banjir kali ini dianggarkan melebihi RM16 juta.<br />
