Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam pertimbangan untuk menggunakan kod QR yang mengandungi maklumat peribadi dan butiran perjalanan pengembara bagi mempercepat proses pemeriksaan kaunter imigresen.<br /><br />Timbalan Menterinya, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah berkata, ia secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko rasuah dan salah guna kuasa di kaunter.