Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan penghargaan terhadap usaha dan semangat tinggi dipamerkan pasukan keselamatan, petugas kesihatan serta seluruh agensi kerajaan persekutuan dan negeri.<br /><br />Menerusi kenyataan di laman rasmi media sosial beliau, Anwar berkata ini kerana mereka <br />bertungkus lumus membantu menguruskan kebajikan serta keperluan mangsa banjir ketika ini.<br />
