Kerajaan lulus pelaburan RM489.5 bilion bagi tempoh 2023-Jun 2024

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata, kerajaan telah meluluskan sejumlah RM489.5 billion pelaburan dalam sektor perkilangan, perkhidmatan dan sektor utama bagi tempoh 2023 hingga Jun 2024.

Jelasnya, sebanyak RM262.9 bilion atau 53.7 peratus adalah pelaburan asing manakala RM226.5 bilion merupakan pelaburan domestik.

Beliau menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Stampin, Chong Chieng Jen mengenai jumlah pelaburan langsung asing yang diluluskan setakat ini serta perinciannya mengikut negeri.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #pelaburan #menteripelaburan