Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Zulkifli Hasan memberitahu Parlimen perubahan definisi 'hukum syarak' tidak disempitkan kepada empat Mazhab sahaja.<br /><br />Jelasnya, ia kerana Akta 505 Seksyen 39(3) membolehkan Mufti bolehlah menyelesaikan persoalan itu mengikut hematnya sendiri tanpa terikat dengan qaul muktamad daripada mana-mana Mazhab yang empat itu.
