Laporan kajian kompetensi DUN untuk gubal undang-undang Islam sedang dimuktamadkan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar berkata, Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi Dewan Undangan Negeri (DUN) Untuk Menggubal Undang-Undang Islam ketika ini dalam proses memuktamadkan laporan sebelum ia diserahkan kepada Pengerusi Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI), Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah.

Jelasnya, ia selepas melalui 40 sesi mesyuarat termasuk libat urus dengan pelbagai pihak.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan dikemukakan Ahli Parlimen Jasin, Zulkifli Ismail berhubung status kajian kompetensi DUN untuk menggubal undang-undang Islam.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #laporankajikompetensiDUN #MKI