Kes dera, abai kanak-kanak banyak libatkan taska tidak berdaftar - Noraini

Sebanyak 4,424 kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak direkodkan setakat Ogos lalu dengan sebahagian besarnya melibatkan insiden di taman asuhan kanak-kanak (taska) tidak berdaftar atau haram.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, daripada jumlah itu, hanya tiga kes dilapor membabitkan premis yang berdaftar dengan kementeriannya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Balik Pulau, Datuk Muhammad Bakhtiar Wan Chik mengenai penyelesaian kes penderaan dan pengabaian yang dikesan berlaku di taska di seluruh negara.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/701251/berita/nasional/kes-dera-abai-kanak-kanak-banyak-libatkan-taska-tidak-berdaftar---noraini

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #dera #abaikanakkanak #taskaharam