PELAKON Fattah Amin menyerahkan sepenuhnya kepada wakil peguam yang dilantik bagi menguruskan surat tuntutan (Letter of Demand) yang diterima daripada bekas isterinya iaitu aktres Nur Fazura. <br />Surat berkenaan dipercayai berhubung kenyataan pemilikan kereta yang pernah dikeluarkan selepas mereka sah bercerai talak satu pada 7 Oktober lalu. <br /><br />Dalam masa sama pelakon ini juga memberitahu kehidupannya kini lebih baik dan sibuk dengan jadual kerja.