Menurut Perdana Menteri, permohonan pengampunan Datuk Seri Najib Tun Razak tidak termasuk di dalam agenda mesyuarat Lembaga Pengampunan pada 8 Disember 2023.<br /><br />"Saya persembah kepada Tuanku atas alasan semua rakyat atau banduan berhak membuat permohonan dan kerana kedudukan Datuk Seri Najib adalah munasabah kalau diberi pertimbangan. Tuanku Agong memberi perkenan agenda tambahan,<br /><br />"Pada masa itu, dalam mesyuarat yang saya hadir tidak langsung bangkit isu kandungan Adendum yang dimaksudkan," jelas Anwar.