Bencana banjir yang melanda bukan sahaja memusnahkan kediaman dan harta benda, tetapi juga mental dan emosi mangsa yang terjejas.<br /><br />Danial Asyraf Mohd Fisal, Pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di Kedah, antara yang paling terkesan apabila rumahnya dinaiki air sehingga ke paras dada hanya tiga hari sebelum menduduki peperiksaan.<br />