PELAKON Chacha Maembong dia tidak lagi berhubung dengan aktres Ruhainies selepas kemelut yang berlaku di antara mereka sebelum ini.

Enggan mengeruhkan lagi keadaan, Chacha atau Siti Aisyah Rohani Ismail, 28, memberitahu tiada apa perlu diperjelaskan mengenai hubungan mereka memandangkan peristiwa itu sudah lama berlaku.

Malah dia juga profesional jika diminta bekerjasama dengan Ruhainies.

Sebelum ini Chacha menunut Ruhainies agar membuat kenyataan membersihkan namanya selepas dikaitkan dalam perbualan mesej WhatsApp dipercayai antara aktor Aliff Aziz bersama individu dikenali sebagai 'NRF'.

Perbualan tersebut seoalah-olah menggambarkan Chacha dan kakaknya iaitu Emma Maembong cuba masuk campur dalam kontroversi antara Ruhainies dan Aliff.