ALHAMDULILLAH... Dengan sekali lafaz, penyanyi Pasya Mentor selamat bergelar suami kepada ahli perniagaan Aidil Syazwani Sardon pada malam Khamis.<br /><br />Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan iaitu Datuk Sardon Hassan pada pukul 8.20 malam. <br /><br />Pasya atau Faizul Ashraff Fauzi, 29, turut menyerahkan mas kahwin berjumlah RM300 berserta wang hantaran sebanyak RM10,000.