Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak berdendam dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung isu Lembaga Pengampunan dan titah adendum.<br /><br />Beliau menyifatkan pihak yang mengecamnya sebagai individu kurang berilmu kerana cuba untuk mengulas isu berkenaan walaupun tidak mendapat maklumat tepat.<br />