"Jari saya luka berdarah dan saya menahan kesakitan semasa menang Kejohanan Dunia Boling Tenpin Di Kuwait tahun lalu. Setiap satu kali balingan, pembalut akan ditukar, sakitnya hanya Allah yang tahu.

"Boleh pun kena tukar saiz lebih besar sebab jari berbalut. Saya tekad, alang-alang dah sertai kejohanan ini, saya mahu berikan yang terbaik. Sokongan dari rakan-rakan dan keluarga buat saya menahan sakit," demikian kongsi @natasharoslan_ berkongsi kenangan pahit sebelum diiktiraf Juara Dunia Tenpin Boling baru dalam kejohanan di Kuwait tahun lalu. Gadis manis ini juga merupakan Olahragawati Kebangsaan 2023.

Terpilih sebagai Nona Superwomen Active Awards 2024, Natasha berkongsi banyak kenangan dan pengalaman manis sepanjang bergelar atlit negara.

#majalahnona
#nonasuperwomen
#nonasuperwomenaward2024