Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu. <br /><br />Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
