Seorang lelaki cedera akibat dipukul serta melecur apabila ditekap dengan seterika panas selepas mendakwa dikurung ahli keluarga teman wanitanya dalam kejadian di Kampung Merotai Besar, Tawau pada Khamis.<br />Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin dalam satu kenyataan berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selasa lalu selepas teman wanitanya memberitahu bahawa dia sedang mengandung.<br />
