Kementerian Luar Palestin pada Ahad menyelar negara-negara yang menyokong penjajahan Israel dengan mengatakan mereka bertanggungjawab atas genosid yang berlaku di Gaza.<br /><br />Menerusi hantaran di X, kementerian itu menyifatkan sikap membisu masyarakat antarabangsa mendorong Israel meningkatkan serangan terhadap penduduk awam Palestin.