Tahun 2024 meninggalkan pelbagai kenangan, tidak terkecuali dengan pemergian beberapa figura seni yang pernah mengukir senyuman, menghibur, dan menyentuh hati rakyat Malaysia.<br /><br />Kehilangan nama-nama besar seperti Hamdan Senario, Nabil Zamanhuri, Datuk S. Atan, Jafaar Onn, dan Datuk Ahmad Nawab telah meninggalkan kekosongan besar dalam dunia seni.
