KEPUTUSAN Mahkamah Rayuan semalam menerusi penghakiman majoriti 2-1 memberikan Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak kebenaran memulakan prosiding semakan kehakiman bagi suatu perintah memaksa kerajaan atau enam pihak lain menjawab dan mengesahkan kewujudan Titah Adendum Januari tahun lalu.

Mahkamah membenarkan rayuan Najib kerana berpendapat, ia tidak boleh mengabaikan fakta dan bukti tambahan yang dikemukakan oleh perayu.

Namun, di sebalik keputusan itu, ada pula yang mula bertanya, ke mana titah addendum itu selama ini? Siapa pula pihak yang bertanggungjawab?

#malaysiagazette #skopmg #titahadendum