Lapan individu termasuk pengarah sebuah agensi di bawah sebuah kementerian selain tiga pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada Rabu.<br /><br />Menurut sumber, kesemua suspek berusia lingkungan 30 hingga 50-an ditahan di beberapa lokasi sekitar Melaka dan Lembah Klang susulan siasatan berhubung isu rasuah membabitkan pemeriksaan kenderaan perdagangan sebelum ini.
