Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah buat mereka yang terjejas akibat kebakaran hutan dahsyat yang memusnahkan California Selatan di Amerika Syarikat.<br /><br />Dalam catatan Facebook, Anwar menyifatkan kebakaran hutan yang meragut banyak nyawa, memusnahkan ribuan bangunan dan menjejaskan banyak keluarga, sebagai satu tragedi yang menyentuh hati seluruh masyarakat.<br />
