Kali pertama IMPIANA berkunjung ke kediaman Semi D berkeluasan 3,200kps yang terletak di Bukit Jelutong ini atas cadangan pereka hiasan dalamannya, Ritz Reka.

Saat kaki melangkah masuk ke ruang tamu, mata terus terpana dengan keindahan pada setiap perincian ukiran di sudut bingkai wainscoting rona putih yang dipasang pada dinding kediaman. Cukup estetik!

Ukiran 'detailing' yang tampak klasik namun cukup minimalist direka khas oleh pereka bagi memenuhi impian pemilik kediaman, Siti Norfarah Mohd Zainuddin yang inginkan konsep 'French Minimalist' pada kediaman 3 tingkat ini.

Semoga menjadi inspirasi buat pencinta dekorasi rumah yang lain.

INFO KEDIAMAN:

Nama Pemilik:
Siti Norfarah Mohd Zainuddin/ Sharuddin Ismail
Usia Kediaman: 5 Bulan (Ogos 2024)
Konsep : French Minimalist
Lokasi: Bukit Jelutong, Shah Alam
Keluasan Kediaman: 3,200Kps (80'x40')
Anggaran Kos : RM550k
Pereka Hiasan Dalaman: Ritz Reka Sdn Bhd

Jenis Kediaman: Semi D (3 tingkat)
Spesifikasi Ruang:
(Ruang Tamu, Dapur Kering, Dapur Basah, 5+1 Bilik Tidur, 6 Bilik Air, 2 Family area, Balkoni, Kolam Renang)

**Boleh tonton video penuh di YouTube & Facebook IMPIANA.

#impiana
#dekordekorimpiana
#konsepfrenchminimalist
#inspirasidekorasirumah