Lebih 300 terkandas: 20 jemaah terima semula wang setakat Rabu

Seramai 20 daripada 379 jemaah menerima semula wang selepas pihak syarikat pengendali umrah gagal
menerbangkan jemaah ke Tanah Suci, lapor wartawan Sinar Harian, Mukhriz Mat Husin.

Pengarah Mind Pro Management mewakili pihak jemaah, Ena Awil berkata, dua jemaah telah menerima pembayaran itu pada Rabu, selain 18 mangsa lain pada Selasa.

Ena yang merupakan penasihat undang-undang di sebuah firma turut menggesa supaya pihak polis hadir ke syarikat tersebut dan campur tangan berhubung isu berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/707306/berita/semasa/lebih-300-terkandas-20-jemaah-umrah-terima-semula-wang-setakat-rabu

#SinarHarian #BeritaSemasa #300jemaahumrahterkandas