Mahkamah menetapkan 18 Februari depan untuk keputusan sama ada Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, balu bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, boleh merujuk isu perundangan pertuduhannya ke Mahkamah Tinggi.<br /><br />Hakim Azura Alwi membuat ketetapan ini selepas mendengar hujahan daripada peguam bela yang mewakili Na’imah sebagai pemohon dan pihak pendakwaan sebagai responden.
