Seorang bekas pengurus besar Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dijangka akan dihadapkan ke mahkamah hujung bulan ini, berhubung kes rasuah membabitkan bekalan baja padi bernilai RM1.8 bilion.<br /><br />Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya telah melengkapkan kertas siasatan sebelum menyerahkannya kepada Timbalan Pendakwa Raya pada 13 Disember tahun lalu.
