Polis membuka kertas siasatan berkaitan seorang wanita warga tempatan mendakwa gambarnya telah disunting dalam keadaan tidak berpakaian dan dijual di laman sosial.<br /><br />Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja'afar dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima laporan berkaitan kes itu pada jam 4.13 petang Isnin.<br />
