Sinergi positif institusi diraja, Kerajaan Perpaduan

Sinergi antara institusi diraja di bawah pemerintahan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dengan Kerajaan Perpaduan bukan sahaja mencerminkan hubungan positif, malah turut memberikan keyakinan kepada rakyat serta masyarakat antarabangsa, khususnya pelabur asing, lapor wartawan Sinar Harian, Aisyah Basaruddin.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menegaskan bahawa perkara ini jelas dibuktikan apabila Seri Paduka Baginda sendiri berkenan mencemar duli untuk bertemu rakyat jelata dan bersantap nasi lemak di ibu kota baru-baru ini, bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/710055/berita/laporan-khas/sinergi-positif-institusi-diraja-kerajaan-perpaduan

#SinarHarian #BeritaSemasa #SetahunSultanIbrahim #Agong