Pemberi maklumat tak boleh dilindungi jika lapor ke media dahulu - Azalina

Kerajaan tidak bercadang meminda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 (Akta 711) untuk membolehkan pemberi maklumat melaporkan kepada pihak media terlebih dahulu sebelum membuat laporan kepada agensi penguatkuasaan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said memberitahu Dewan Rakyat pada Selasa bahawa pemberi maklumat perlu membuat laporan kepada agensi penguatkuasaan terlebih dahulu.

Azalina menjawab soalan Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok, yang bertanya mengenai pemberi maklumat berhubung dakwaan rasuah melibatkan sekumpulan ADUN di Sabah.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #akta711 #parlimen #sidangdewanrakyat