Malaysia dengan tegas menolak sebarang cadangan pemindahan paksa rakyat Palestin dari tanah air mereka dan menegaskan perlunya penyelesaian kekal yang menghormati hak serta kedaulatan mereka.<br /><br />Dalam satu kenyataan pada Khamis, Wisma Putra menyifatkan pemindahan paksa sebagai bentuk pembersihan etnik yang jelas melanggar undang-undang antarabangsa serta pelbagai resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).<br />
