Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Malaysia akan memberikan tumpuan kepada meningkatkan usaha untuk memastikan rantau asia tenggara kekal aman dan stabil ketika berhadapan cabaran geopolitik antarabangsa semasa.<br /><br />Dari segi ekonomi, Malaysia akan memberikan tumpuan kepada usaha untuk meningkatkan perdagangan dan pelaburan intra-ASEAN yang masih rendah. Malaysia juga akan mempromosikan<br />sebuah komuniti yang inklusif, mampan dan berdaya saing dengan mengutamakan usaha untuk merapatkan jurang pembangunan seterusnya meningkatkan kualiti kehidupan termasuk kumpulan rentan.<br />
