Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran rokok dan minuman keras tidak bercukai kastam berjumlah RM4.45 juta dalam serbuan di tiga premis di Keningau, Sabah, Isnin lalu. <br /><br />Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Seri Azmi Abu Kassim dalam kenyataan berkata hasil serbuan itu dalam operasi bersepadu Op Taring Alpha 1 dan Alpha 2, lima individu terdiri daripada seorang lelaki warga tempatan, tiga lelaki dan seorang wanita warga Indonesia ditahan.<br />