KEMUNCULAN Liza Aziz sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-11 (GV11) seperti sudah dijangka apatah lagi sejak awal penyanyi itu disebut-sebut akan memenangi pertandingan tersebut.<br /><br />Malah dengan bakat dan kehebatan Liza menyampaikan pelbagai genre lagu membuatkan ramai merasakan penyanyi berusia 62 tahun itu mempunyai kelebihan.<br /><br />Namun di sebalik itu, Liza atau Norliza Abdul Aziz menjelaskan perjalanannya di GV11 bukan semudah disangka orang ramai.
