Wanita direman enam hari cederakan anak di pasar raya

Wanita didakwa memukul dan mencederakan anaknya di hadapan sebuah pasar raya di Jejawi, Arau selepas video perbuatannya tular di media sosial direman enam hari bermula Selasa.

Ketua Polis Daerah Arau, Superintendan Ahmad Mohsin Md Rodi berkata, suspek berjaya ditahan di bilik sewanya di Jejawi jam 11.30 malam pada Isnin sebaik menerima laporan.

Menurutnya, wanita bekerja sebagai pekerja kantin berusia 37 tahun kini ditahan reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/712060/berita/semasa/wanita-direman-enam-hari-cederakan-anak-di-pasar-raya

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #mahkamah