Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.<br /><br />Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata sebanyak 1,980 kes kemalangan direkodkan pada Op Selamat 23 di negeri ini berbanding 2,124 kes dalam operasi yang sama tahun lalu.<br />
