Program Jejak Harmoni yang diadakan di Kuala Lumpur pada Sabtu menjadi platform menyemai nilai keharmonian apabila lebih 200 peserta pelbagai agama dibawa mengunjungi beberapa rumah ibadat.<br /><br />Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berharap, program ini tidak menjadi bahan sensasi atau dipolitikkan kerana ia tidak melibatkan sebarang aktiviti keagamaan.<br />
