Steven Sim nafi menidakkan laporan Ketua Audit Negara, PAC

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim menafikan sekeras-kerasnya pandangan bahawa pihaknya menidakkan syor dan teguran Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) dan juga Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), susulan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) HRD Corp, Datuk Shahul Hameed Dawood, dibenarkan kembali bertugas di agensi itu.

Katanya, sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap HRD Corp, beliau tidak sekali-kali mengambil pendekatan 'menuding jari'.

Beliau menjawab soalan Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang mempersoalkan keputusan membenarkan CEO HRD Corp kembali bekerja sedangkan LKAN jelas menunjukkan berlaku ketirisan dalam tatakelola membabitkan agensi itu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #Parlimen #LKAN #StevenSim