Malam kemuncak Gempak Most Wanted 2024 (GMWA24) telah berlangsung dengan meriahnya di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.<br /><br />Bagi edisi kali ini, GMWA24 membawa tema Flex Your Art dengan dresscode Artwear, menyeru setiap pencipta kandungan digital dan selebriti untuk meneroka dan menonjolkan hasil seni menerusi fesyen.
