Sejumlah 247 lesen pengendali telah digantung pada tahun 2024 berbanding 101 pada 2023 dan 94 (2022) manakala hanya lapan lesen pengendali digantung antara 2019 dan 2021.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook berkata, Kementerian Pengangkutan (MOT) melalui Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) juga telah menggantung 23 Permit Kenderaan pada tahun 2024 atas ketidakpatuhan keselamatan jalan raya.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Jempol, Datuk Shamshulkahar bin Mohd Deli mengenai tindakan tegas Kementerian dalam usaha mengurangkan kemalangan maut melibatkan kenderaan berat
terutamanya lori di Dewan Rakyat, pada Rabu.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

#SinarHarian #BeritaSemasa #parlimen #gantunglesen #MOT